Tulang manusia ditemui dibakar dalam bonet kereta
by Abang Ismail Abang Su’ud. Posted on February 21, 2012, Tuesday
Pasukan berkenaan telah melakukan siasatan ke atas sebuah kereta yang berada 1.5 kilometer dari jalan masuk ke sebuah ladang kelapa sawit di Kilometer 31 Jalan Pesisir Bintulu-Miri.
Berikutan penemuan itu, rangka manusia itu telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk pemeriksaan forensik pihak hospital bagi mendapat maklumat lanjut.
Bercakap kepada media, Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Madang Usat berkata, setakat ini pihaknya belum pasti sama ada mangsa itu lelaki atau wanita kerana masih menunggu pengesahan lanjut daripada pihak hospital.
Begitupun katanya, siasatan masih diteruskan dan pihaknya belum dapat mengesahkan secara rasmi milik siapa tulang tersebut.
Terdahulu katanya, kereta dan tulang manusia itu dijumpai oleh pemilik kebun kelapa sawit dalam keadaan kereta itu separuh dalam parit dan terbakar di semak-samun kebunnya dan seterusnya memaklumkan perkara itu kepada pihak polis di sini.
Katanya, setakat ini belum ada suspek yang ditangkap dan pihaknya sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jelasnya, ada laporan orang hilang telah dibuat pada 10 Februari lalu jam 3 petang tetapi mereka tidak dapat mengecam tulang terbabit.
Justeru polis masih menunggu laporan DNA lanjut daripada pihak hospital untuk mengesahkannya.
No comments:
Post a Comment