Friday, February 24, 2012

di china jak ada..



Kerana tersangat peduli terhadap persekitaran seorang gadis remaja yang cantik rela melakukan kempen sedar persekitaran, agar orang-orang mengambil peduli terhadap lingkungan hidup terutama menjaga kebersihan dan keselesaan persekitaran.Yang unik adalah bentuk kempen si gadis ayu ini.
Dia memberikan ciuman pada sesiapa sahaja yang ketika itu melalui di situ dan kelihatan peduli dengan persekitaran contohnya membuang sampah ke tempat sampah, atau memungut sampah yang tercicir dan mengambilnya untuk dibuang ke tong sampah.

Inilah yang dilakukan Li Xiaohe nama gadis manis ini yang masih belajar di sebuah Universiti di Chengdu China. Menurut Harian Rakyat China yang menceritakan Li melakukan kempen ini bertepatan dengan hari alam sekitar 8 Jun lalu.

Li hanya ingin dirinya memberikan sumbangan pada kesedaran kepedulian masyarakat pada alam sekitar. Menurut Li perkara yang dilakukannya akan lebih bererti dari pada hukuman yang dilaksanakan atas pesalah peraturan alam sekitar.

Menurutnya, Li pada media tempatan, hukuman atau hukuman atas kesalahan terhadap alam sekitar membuat orang melakukan sesuatu kerana terpaksa bukan kerana motivasi dari dalam dirinya sendiri.
Ia berharap masyarakat boleh sedar dan mengambil berat. Sebaliknya latar belakang Li Xiaohe sendiri melakukan hal ini kerana melihat banyak orang yang membuang sampah sembarangan seperti puntung rokok dan lain-lain tidak pada tempatnya, akhirnya dia terfikir untuk boleh menyedarkan mereka.

8 comments:

  1. untung la lelaki kena cium awek cantik

    ReplyDelete
  2. bAlas kUnjungAn :) alynn dA follow cni~ orAng sArawak ea?? t ajAr kAmek klAka sArawak ea ^^

    ReplyDelete
  3. Thanks follow blog dan naikkan trafik. Awyn follow sini. Ehh syok le laky kne cium kan. free je. Haha :D

    ReplyDelete
  4. haluu.. datang sini dan follow kamoo.. dari segmen mak dara.. :)

    ReplyDelete
  5. bls kunjungan..:D
    thanks sudi singgah kt blog dya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...